Ahad, 24 Jun 2012


TALIBUN


Definisi dan Ciri-ciri


Harun Mat Piah (1989), Ismail Hamid (1987) mendefinisikan talibun sebagai puisi berangkap tentang perincian sesutau objek atau peristiwa, dan umumnya terdapat dalam genre lipur lara (cerita kaba) di kalangan masyarakat Minangkabau.
                Mohd. Taib Osman (1979) pula mendefinisikan talibun ini sebagai “ikatanpuisi bebas”. Puisi ini menurut beliau merupakan puisi yang memakai kata-kata yang menimbulkan gambaran mata kerana kata-kata yang digunakan dapat menimbulkan pemikiran dan pendengaran tentang imej yang lantang dan bermakna. Baris-barisnya memberi dua macam gambaran, iaitu gambaran bunyi yang seolah-olah kita mendengarnya, dan gambaran objek-objek dalam situasinya masing-masing. Kedua-dua gambaran ini berlatarbelakangkan alam melayu.
                Terdapat pelbagai tema Talibun yang terungkap di dalam cerita-cerita lipur lara Melayu yang berdasarkan kepada fungsi puisi tersebut di dalam karya atau cerita tersebut  iaitu:
a.       Memerikan kebesaran, kehebatan, dan keagungan sesuatu tempat seperti negeri, kota, dan Bandar.
b.      Memerikan keadaan dan kesibukan atau keajaiban sesutau peristiwa dan suasana.
c.       Memerikan kehebatan dan kecantikan sesuatu objek seperti pakaian.
d.      Memerikan sikap dan kelakuan manusia.
Selain tema, Talibun juga boleh dikenal melalui pengunaan bahasa berulang yang menjadi lumrah dalam pembentukan.
        Teknik pengulanagn ini bukan sahaja wujud dalam pengunaan gaya bahasa tetapi juga dalam pengulangan seluruh puisi tersebut. Wilkinson menamakan puisi tersebut sebagai runs, yang merujuk kepada konsep pengulangandi bahagian permulaan tetapi di bahagian akhir telah ditambah dengan ungkapan puisi lain.
        Menurut Ismail Hamid (1987) emngulangan ini terjadi kerana talibun sangan mementingkan bahasa yang berirama yang menjadi kegemaran masyarakat terutamanya de kalangan mesyarakat secara meluas seperti  berpidato atau semasa bergurau senda.
FUNGSI
Fungsi utama dan Khusus talibun ialah untuk memberikan secara terperinci tentang sesutau gambaran seperti suasana, benda dan sifat manusia dalam bentuk yang ringkas, teliti dan menyeluruh. Umumnya, talibun merupakan gambaran pemikiran masyarakat khlayak yang mementingkan perincian tentang sesuatu, tetapi disusun dan dibentuk dengan keindahan terutamanya dalam penguunaan gaya bahasa.



TEPUNG TAWAR
Pertama alat Tepung Tawar.
Daun setawar penawar biasa,
Bisa dilaut bias dibumi,
Bisa terbang di buat orang,
Bisa racun dengan santau.

Daunsedinding penyejuk hati.
Kalau marah mulai marak,
Dapat teduh isaounya,
Dapat membunag hati dengki,
Dapat membunag umpat  puji,
Dapat menyabar-menyabar hati.

Daun ati-ati tanda bijak.
Bijak bercakap bijak berunding,
Bijak mengambil kata putus,
Bijak duduk di orang ramai.

Daun gandarusa daun penangkal.
Menengkai musuh dari luar,
Menangkal musuh dari dalam,
Menagkal sihir dengan serapah.

Menagkal tuju dengan tinggam.
Yang dibawa jin lalu,
Yang dibawa hantu peleit,
Yang dibawa puaka jembalang.

Bedak limau pencuci hati,
Mencuci dengki dengan iri,
Mencuci dengki dengan khianat,
Mencuci dendam berkepanjangan,
Mencuci salah dengan silih,
Mencuci penyakit nan menahun.

Air percung tanda ikhlas.
Ikhlas dalam bergaul,
Ikhkas dalam bergaul,
Ikhlas dalam bercakap,
Ikhlas beri-memberi,
Ikhlas tolong- menolong

Beras kunyit beras basuh.
Tiga dengan beras bertih,
Itulah tanda rezeki dating,
Rezeki tiba dari langit,
Rezaki tumbuh dari bumi,
Rezeki timbul dari laut,
Rezeki keluar dari hutan,
Yang dating tidak berpintu,
Yang tibanya tidak berketika.


Sumber: tenas Effendy, 1987.
                        Ungkapan Tradisional Melayu Raiu.
                        Kuala Lumpr: dewan bahasa dan pustaka.

1 ulasan:

  1. 888 Casino Resort Spa Las Vegas - JT Hub
    Find 888 Casino Resort Spa 이천 출장샵 Las 진주 출장안마 Vegas, NV Jobs - 창원 출장마사지 See what employees say it's like 천안 출장샵 to work at 888 Casino 상주 출장마사지 Resort Spa Las Vegas.

    BalasPadam