Khamis, 14 Jun 2012

SASTEA MELAYU

PANTUN 2 KERAT

Daun palas pucuk ubi,
Orang malas selalu rugi.

Sirih dijinjing menghadap raja,
kalau tak seiring bertaubatlah hamba.

Berakit-rakit kehulu berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.

Buah selasih dibuat makan,
kerana malas gelap masa depan.

PANTUN 4 KERAT

Anak itik terenang-renang,
Renag kemari mendapatkan roti,
Peristiwa silam jangan dikenang,
menimbulkan rasa gundah dihati.

Buah nangka buah cempedak
cempedak dimakan diwaktu petang,
wahai teman janganlah berlagak,
perbuatan keji dan dihina orang.

Burung kenari singgah dipohon,
memetik buah untuk dimakan,
budi yang baik menjadi amalan,
agar kekal menjadi ikutan.

Padi dan nanas tanam dianjumg,
Tempat pipi membua sarang,
budi dan emas sama dijinjing,
hidup aman dikenang orang.

Buah pala buah cempedak,
Buah ditanam ditepi perigi,
hidup ini janganlah tamak,
kerana tamak selalu rugi.

PANTUN 6 KERAT


Buah cempedak buah nangka,
Buah ditanam ditepi tanjung,
Tanjung bernama tanjung kurap,
Apakah haiwan yang bercahaya,
Apabila malam ianya terang,
Apabila siang ianya malap.

Ikan keli dibeli dipasar,
untuk dimasak sebagai santapan,
Santapan bersama iakn sembilang,
Wahai adik janganlah gusar,
Akan saya carikan jawapan,
Sudah tentu ianya kunang-kunang.

Tepaung gandum tepung jagung, 
Tepung diuli bersama mentega,
Mentega dibeli dikedai Pak Ali,
Jasa baik akan disanjung,
Menjadi amalan kita bersama,
sekiranya kita hormat-menghormati.

PANTUN 8 KERAT

Pasar khamis tanahnya kaya,
tempat orang menjual beli,
tempat juga mencari rezeki,
rezeki diperoleh mengubah kehidupan,
kasih budi jangan dilupa,
sehingga terpendam didalam hati,
menjadi kukuh hingga ke mati,
itulah tanda insan beriman.

Kapur sirih buah pinang,
digulung bersama daun sirih,
sirinh dipetik dari dusun Pak Ali,
dusun bernama dusun pinang,
sebagai insan perlulah penyayang,
buang yang keruh ambil yang jernih,
mensucikan jiwa membersihkan hati,
semoga hidup disenangi orang.

Sirih dipetik dari dusun pak buncit,
untuk dijual dipasar tani,
pasar terletak di Kota besar,
Kota bernama Kota Bentan,
wahai insan segerahlah bangkit,
hidup ini penuhilah berbudi,
budi yang dibuat jangan diperbesar,
supaya kekal sepanjang zaman.

Dari pasar tani ke Gerbang Malam,
Singgah sebentar di air Kuning,
mencari ikan tuk dibuat kenduri,
kenduri dibuat tuk Pak alai,
ingatlah insan sebelum tengelam,
sumpah dan janji mestilah dipegang,
sebelum buruk memakan diri,
semoga hidup diberkati ilahi.
















2 ulasan:

  1. kamu belum masukkan latar belakang pantun seperti definisi,ciri,jenis dan fungsi...selepas itu baru masukkan pantun contoh dan ciptaan kamu...

    BalasPadam