Isnin, 18 Jun 2012



PANTUN


PENGENALAN
Pantun merupakan puisi melayu yang paling popular jika didasarkan daripada penggunaan yang paling meluas. Bukan itu sahaja , puisi juga yang paling mendapat perhatian para pengkaji untuk diteliti, tidak kira pengkaji  tempatan mahupun pengkaji luar. Pantun juga merupakan puisi Melayu yang tidak diragukan sifat keasliannya.


DEFINISI
Harun Mat Piah (1980),telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman meliputi unsur estetik yang dapat dilihatberdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu  yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandanggan dunia masyarakat melayu, dan yang kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pasangan maksud samada secara konkrit atau abstrak.
Berdasarkan aspek ini (tema dan persoalan) , pantun biasanya menyentuh hamper keseluruhan kehidupan masyarakat Melayu. Daripada itu penelitian terhadap isi (tema dan persoalan) jugatelah membawa kepada pengelompokan pantun yang lebih sistematik ( Harun Mat Piah, 1989;63), seperti  pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka-teki, pantun puji-memuji, atau sambutan, pantun nasihat dan pendidikan, pantun agama dan kepercayaan, pantun adat, pantun peribahasa, pantun naratif atau cerita dan sebagainya.
Pengelasan tersebut dapat pula dipecahkan kepada kelompok-kelompok tema yang lebih kecil. Misalnya, tema nasihat dan pendidikan dapat dipecahkan kepada tema budi, dan kias barat. Pantun tentang nasib dan jenaka pula boleh dimasukkan ke dalam golongan pantun telatah dan cara hidup masyarakat.
Berdasarkan aspek luarannya, ciri pantun tersebut dapat dilihat daripada aspek struktur nya atau ciri visualnya iaitu;


I. Pantun mempunyai  rangkap-rangkap yang berasingan. Setiap rangkapnya terbina daripada baris-baris yang sejajar dan berpasangan seperti  2, 4, 6, sehingga 16. Rangkap pantun yang paling umum ialah memounyai  4 baris serangap. Pembentukan  rangkap berdasarkan baris ini telah menjeniskan pantun Melayu iaitu pantun 2 kerat (pameo atau pantun kilat), pantun 4 kerat, pantun 6 kerat, pantun 8 kerat, dan seterusnya hingga pantun 16 belas kerat. Terdapat juga pantun yang wujud secara berkait yang dinamakan pantun berkait (Zainal Abidin Bakar 1991), dan biasanya dalam bentuk 4 kerat.


II. Setiap baris mengandungi kata dasar antara 4 hingga 5 patah perkataan, dengan jumlah suku kata antara 8 hingga 12. Yang biasanya ialah lapan hingga sepuluh suku kata dalam sebaris.


III. Setiap stanza atau rangkap pantun mempunyai dua unit atau kuplet iaitu unit atau kuplet pambayang atau sampiran (separuh jumlah baris bahagian pertama) dan unit atau kuplet bermaksud (separuh jumlah baris bahagian kedua).


IV. Mempunyai sskema rima hujung yang tetap iaitu a-b, a-b dengan sedikit variasi a-a, a-a; a-b, a-b;  dan sebagainya. Tetapi yang lumrahnya ialah a-b, a-b.


V. Setiap rangkap pantun merupakan satu keseluruhan, iaitu mengandungi satu fikiran yang berbulat dan lengkap yang dapat dikesan melalui maksud pantun  dalam rangkap tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat juga pantun yang  tidak lengkap jika hanya satu rangkap sahaja seperti pantun berkait.


JENIS PANTUN


Menurut kajian dan penelitian yang dilakukan oleh  Zainal Abidin Bakar (1991), pantun dapat dijeniskan berdasarkan  tiga aspek iaitu:


a. SUDUT KHALAYAK
     
      Yang dimaksudkan dengan khalayak ialah penutur den pendengar pantun, yang biasanya dibahagikan kepada tiga jenis khalayak  iaitu: kanak-kanak, dewasa dan orang tua. Pantun kanak-kanak biasanya mengandungi maksud nasihat terutamanya menyentuh tentang alam pendidikan.
Pantun orang dewasa atau orang muda (daripada peringkat remaja hinggalah ke peringkat sebelum berkahwin) ialah pantun yang mempunyai maksud atau tema kasih sayang antara teruna dara, usik-mengusik, tema kepahlawanan, adat resam, budi, nasihat dan sebagainya.
       Pantun orang tua pula biasanya ialah pantun yang mengandungi maksud nasihat, kias dan ibarat, adat resam serta mengandungi nilai kemasyarakat dan kebudayaan.


b. SUDUT BENTUK


Bentuk pantun dapat dilihat daripada jumlah baris dalam setiap rangkapnya. Menurut Zainal Abidin Bakar (1991), pantun dikenal pasti mempunyai empat kumpulan jika berdasarkan jumlah baris dalam rangkapnya iaitu:


i. Pantun 2 baris atau 2 kerat, yang dikenal pasti sebagai pameo atau pantun kilat.
ii. Pantun 4 baris atau pantun 4 kerat; juga dikenali sebagai kuatren.
iii. Pantun yang lebih daripada 4 baris.
iv. Pantun berkait.


Menurut  Zaba (1965), dari segi penciptaannya, dipercayai bahawa pada peringkat awal, pantun hanya terdiri daripada dua baris dalam serangkap. Kemudian, pantun telah  berkembang menjadi pantun-pantun yang lebih banyak barisnya sehingga enam belas  baris. Terdapat juga pantun yang berbentuk secara berangkai-rangkai, yang dinamakan pantun berkait atau dikenali juga pantun terikat. Pantun berkait antara satu rangkap dengan rangkap berikutnya sehingga beberapa rangkap untuk membentuk satu wacana yang lebih lengkap.
Terdapat dua cara perkaitan dalam pambentukan pantun berkait ini, iaitu perkaitan antara baris kedua unit pembayang dalam serangkap pantun adalah menjadi baris pertama unit pembayang pada rangkap berikutnya, dan baris keempat maksud pantun dalam serangkap pantun menjadi baris ketiga atau baris pertama unit maksud dalam serangkap pantun. Seperti juga dengan jenis pertama, pembahagian pantun berdasarkan bentuknya, menurut Zainal Abidin Bakar (1991:30), tidak begitu penting kerana yang dipentingkan dalam pantun ialah isi dan keindahan pantun itu sendiri dalam perspektif masyarakat Melayu.


c. SUDUT  TEMA


Menurut Zainal Abidin Bakar (1991), pantun juga boleh diklafikasikan kepada sebelas tema iaitu:
i. Pntun adat dan resam manusia.
ii. Pantun agama dan kepercayaan.
iii. Pantun budi.
iv. Pantun jenaka dan permainan.
v. Pantun teka-teki.
vi. Pantun kepahlawanan.
vii. Pantun nasihat dan pendidikan.
viii. Pantun peribahasa dan perbilangan.
ix. Pantun kias dan ibarat.
x. Pantun kembara dan perantau.
xi. Pantun percintaan.


FUNGSI


Dalam masyarakat Melayu, fungsi pantun ialah seperti yang berikut:


a. Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan, dan adat istiadat.
b. Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat, seperti  sanjungan, pemujaan dan ucapan                selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi.
c. Sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda, terutamanya pantun jenaka dan pantun usik-mengusik serta pantun dalam permainan.
d. Sebagai alat pendidikan samada secara menyindir, kiasan atau berterus terang.
e. Sebagai alat menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan seperti pantun teka-teki, pantun peribahasa dan pantun yang terdapat dalam puisi adat atau teromba.
f. Sebagai alat untuk mendapat gambaran masyarakat, terutamanya sebagai gambaran minda dan pemikiran masyarakat Melayu, pandangan hidup, harapan, cita-cita, daya estetik dan perspektif mereka seluruhnya. Oleh itu, banyak sarjana  berpendapat bahawa untuk mengenal bangsa Melayu, kenali pantun mereka.


PANTUN ENAM KERAT


Sultan Muda dari Lambung,
Memikul cangkul dengan bajak,
Singgah minum di lepau nasi,
Sudah serkah tempat bergantung,
Telah patah tempat berpijak,
Budi yang baik tetap di hati.


Banyak orang di atas Bukit Cina,
Daun nanas serak-serakan,
Burung Tempua di pohon saga,
Zaman sekarang ringgit berguna,
Emas perak jadi taruhan,
Budi baik terpinggir juga.


Padi bukit padi huma, 
Taruh mari di dalam peti,
Dibawa orang ke Tanjung Jati,
Budimu tuan saya terima,
Sudah terlekat didalam hati,
Terpahat kukuh hingga ke mati.


Buah Lada lebat di pangkal,
Gugur daun dengan buahnya,
dibawa dagang pergi ke seberang,
Sungguh ringgit penuh sekapal,
Budi tiada apa gunanya,
Nama pun tidak disebut orang.


Dari Johor ke Majapahhit,
Singgah berlabuh di pulau Bangka,
Ambil muatan gula dan remaph,
Jika masyur budi yang baik,
Jangan pula mengada-ngada,
 Orang keliling menjadi menyampah.


PANTUN LAPAN KERAT


Semenjak kentang yang jadi gulai,
Ubi tidak bersama lagi,
Taruh pucuknya ditepi kali, 
Tempat mandian si anak desa,
Semenjak ringgit yang jadi nilai,
Budi tidak dipandang lagi,
Terbuang sisih tidak dipandang lagi,
Tinggallah haiti menjeruk rasa.


Daun selasih daun ke;adi,
keladi ditanam di tepi tanjung,
Tanjung bernama Tanjung karang,
Tempat orang mengail sepat,
Hati kasih kerana budi,
Budi baik rasa nak junjung,
Sampai bila nak dikenang orang,
Kenangan sampai ke akhir hayat.


PANTUN SEPULUH KERAT


Burung pipit terbang melayang,
Mari hinggap di rumpun padi,
Padi terletak di Balik Mayng,
Mayang berada di sudut laman,
Laman dihias pahon kelapa,
Bukan ringgit pandangan orang,
Pandangan atas bahasa budi,
Budi yang baik tak akan hilang,
Tetap dikenang sepanjang zaman,
Sampai mati terkenang jua.


PANTUN DUA BELAS KERAT


Tarik kerakap batang padi,
Dibawa orang dari laut,
Padi jangan digemparkan,
Kalau gempa antara gugur,
Bila gugur masuk perigi,
Di situ ditanamkan pula,
Tuan seorang yang baik budi,
Sebab budi hati terpaut,
Walau sedetik tedak terlupakan,
Klau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi,
Jika terbangun teringat pula.






SYAIR


KESELURUHAN pengkaji sependapat bahawa istilah syair berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud puisi secara umum. Dalam bahasa Melayu, istilah syair sudah menjadi satu istilah yang khusus. Syair melayu tidak beracuankan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu (Harun Mat Piah, 1989). Namun terdapat juga mendapat yang mengatakan bahawa syair Melayu juga dipengaruhi oleh syair atau puisi Arab (lslam).
Orang Melayu berkenalan dengan syair sejak zaman awal bertapaknya Islam di alam Melayu melalui pengkajian kitab yang terdapatnya bentuk syair seperti kitab Al-Luma? Fusus al-Hakim, Al-Insan al-Kamil yang dibawa oleh pengembang agama Islam ke Melaka. Syair berbahasa Arab yang terawal ialah cacatan batu nisan Sultan Malik al-Salleh (1297 M) di Pasai. Selepas itu terdapat syair berbahasa Melayu yang pertama di batu bersurat atau prasasti Minye Tujuh (1380 M). Dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu terdapat penggunaan syair, samada dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. Dalam perkembangan persuratan Melayu selanjutnya, Hamzah Fansuri, seorang tokoh ulama dan pujangga Melayu merupakan individu yang telah menghasilkan syair dalam bentuk yang lebih Melayu dengan cukup berkesan dan ilmiah temanya. Selepas itu, syair terus berkembang pesat dengan bentuknya yang lebih mantap dan tekal. Semenjak itu, syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab yang menjadi tiruannya.
Dalam pustaka persuaratan Melayu, syair merupakan jenis puisi yang kedua terbesar jumlahya selepas pantun. Sebagaimana pantun, syair boleh dihayati berdasarkan ciri dan fungsinya.
Ciri atau sifat syair boleh dilihat berdasarkan aspek bentuk dan isi.


a. BENTUK SYAIR


Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat baris serangkap dengan rima a/a/a/a. Bentuk inilah yang paling dominan dalam masyarakat Melayu walaupun terdapat juga variasi bentuk-bentuk yang lain. Walaubagaimanapun, variasi ini hanyalah dalam bentuk visualnya sahaja khususnya daripada aspek rima akhirnya.
Menurut Harun Mat Piah (1989), syair dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa variasi yang bergantung kepada bentuk rimanya iaitu:


i. Dua baris serangkap dengan rima a/b/ (memerlukan beberapa rangkap).
ii. Tiga baris serangkap dengan rima a/a/b.
iii. Empat baris serangkap  dengan rima a/a/a/a.
iv. Empat baris serangkap dengan rima a/b/a/b.
v. Empat baris serangkap dengan rima a/a/b/b.
vi. Emapat baris serangkap dengan rima a/a/a/b, c/c/c/d, d/d/d/d.
vii. Empat baris seirama.
viii. Empat baris berkait.


b. ISI SYAIR


Menurut Harun Mat Piah (1989:242), berdasarkan isi dan tema, syair Melayu mempunyai tujuh jenis tema yang berbentuk cerita (naratif) dan bukan ceriat (bukan naratif), iaitu:
Syair yang serupa bentuk cerita (naratif) ialah:


i. Syair romantic.
ii. Syair sejarah
iii. Syair keagamaan.
iv. Syair kiasan (aligoris)


Syair bukan cerita (bukan naratif) ialah:


I. Syair agama.
II. Syair nasihat.
III. Tema-tema lain yang berasingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan