Ahad, 24 Jun 2012


SELOKA
DEFINISI DAN CIRI

DARI segi istilah, seloka berasal  daripada perkataan Sanskrit, seloka iaitu sejenis puisi yang terdiri daripada dua baris atau dua kerat, yang setiap satunya mengandungi 16 suku kata, yang disusun dalam empat unit. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, seloka merupakan sejenis puisi bebas dari segi rangkap (samada berangkap atau tidak berangkap). Jika berangkap, tidak tentu barisnya dalam serangkap dan tidak tentu jumlah perkataannya dalam sebaris. Seloka juga boleh jadi mempunyai rima atau tidak. Seloka biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea (Harun Mat Piah, 1989).
                Dari segi bentuk, seloka sama sahaja seperti puisi bebas yang lain seperti gurindam, talibun, atau teromba. Walaupun begitu, jika dilihat dari aspek isi, puisi ini berbeza antara satu sama lain. Dari segi isi, seloka biasanya mengutarakan isinya secara mengejek, sindiran atau dalam nada jenaka, dan kadang-kadang mengandungi nada dalam atau perasaan asyik dan khayal.
                Oleh sebab seloka biasanya digunakan untuk menyindir ayau berkias, tidaklah menghairankan mengapa seloka mengandungi banyak peribahasa yang selalu disusun dengan cara yang senada atau mempunyai irama, sehingga kadang-kadang seloka sama dengan peribahasa berirama.
                Dalam hal ini, pengenal kepada peribahasa berirama ialah nada yang dibawa olehnya. Peribahasa berirama tidak mengandungi nada-nada ejekan atau sindiran yang sinis tetapi seloka mengandungi ejekan dan nada-nada sinis; menyindir terhadap sesuatu kelakuan sesetengah amggota masyarakat melalui peribahasa yang disusun secara sejajar untuk menghasilkan irama tersebut. Secara keseluruhannya, seuntai seloka merujuk kepada cerita jenaka yang telah benar-benar dikenali dalam masyarakat seperti Pak Kaduk, Cerita Pak Pandir, Cerita Lebai Malang, dan Cerita Emak Si Randang. Seloka tersebut bertujuan untuk menyindir anggota masyarakat yang berperangai seperti watak-watak tersebut.
                Seloka biasanya mengandungi bahasa yang penceritaannya meleret-leret dan lanjut, sindir giatnya selalu tajam dan biasanya seperti mengejek, menyindir dan menempelak, dan mengandungi perasaan yang hiba dan rawan.

FUNGSI

Fungsi seloa amat terbatas. Secara umumnya, seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan. Bersesuaian dengan sifat halus orang melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkeritik sebarang perlakuan negative anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran. Puisi seloka tidak digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba. Fungsinya amat bergantung kepada isinya iaitu:
a.       Untuk Menyindir seseorang.
b.      Untuk mengejek seseorang.
c.       Untuk menempelak sesorang.
d.      Untuk melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia.
e.      Untuk memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang.
f.        Sebagai alat kawalan sosial/protes sosial.

SELOKA PAK BALUNG-AYAM TAMBATAN
Oleh Iladam

Episod Pertama
(Sungguh Bertuah Nasib Pak Balung)

Kasih dicurak sayang diberi,
Makan dihidang minum disaji,
Tak perlu kias tak perlu cari,
Beras padi dating sendiri.

Hilang dicari lambat diturut,
Bulu dicuci leher diurut,
Paruh diasah taji diraut,
Ekor dibelai najis dikau.

Lupa diri lupa daratn,
Berkokok lantang bersahut-sahut,
Akulah handal akulah jantan,
Akulah jaguh ayam tambatan.

Episod Kedua
(Sungguh Malang Nasib Pak Balung)

Nasib Pak Balung belung pasti,
Entah untung entahkan rugi,
Entah hidup entahkan budi,
Entah maut di hujung taji.

Entah pekak entah buta,
Entah monyok mungkin gila,
Entah patah tergeliat,
Atau pincang seumur hidup.

Episod Ketiga
(Sungguh Kasihan nasib Pak Balung)

Dalam gelanggang satu bulatan,
Di situlah Pak Balung dilepaskan,
Tanpa sebab tanpa alas an,
Bersabung nyawa beradu kekuatan.

Bulu dicabut bertebangan,
Darah merah bercucuran,
Kulit daging berkecaian,
Wang ringgit bertukar tangan.

Yang kalah jatuh terkapai,
Yang menang mandi darah,
Siapa yang untung ketawa besar,
Siapa yang rugi menyumpah-nyumpah.

Episod Keempat
(Sungguh Sedih Nasib Pak Belang)

Orang menang awak parah,
Orang ketawa awak berdarah,
Akibat megah diri,
Akhirnya menjilat luka sendiri.

SELOKA SI LUNCAI

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan…
Ada rumah tiada dijaga,
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tiada selidik,
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji taida menkaji,
Ada masa  tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan, biarkan…!
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Sumber : Md. Ali Bachik (Iladam), 1989,
                Himpunan puisi klasik.
                Shah Alam: Marvilis publisher

Tiada ulasan:

Catat Ulasan