Isnin, 25 Jun 2012


GURINDAM

DEFINISI DAN CIRI

MENURUT Ismail Hamid (1989), istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Walaupun berasal daripada bahasa asing, tetapi dalam perkembangan puisi melayu, gurindam yang berkembang dalam tradisi lisam melayu mempunyai bentuknya tersendiri dan berlainan dengan gurindam dalam bahasa Sanskrit.Menurut Raja Ali Haji, “… Adapun gurindam itu, iaitu perkataan bersajak akhir pasanganya, tetapi sempurna perkataanya  dengan  satu pasangannya sahaja, jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu jadi seperti jawab” Sutan Takdir Alisjahbana ,1954).
                Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Raja Ali Haji, Sutan Takdir Alisjahbana (1954) menjelaskan nahawa pembentukan gurindam yang biasanya terjad daripada sebuah kalimat majmuk, yang dibahagikan menjadi dua baris yang bersajak. Tiap-tiap baris itu ialah sebuah kalimat, dan perhubungan antara dua buah kalimat itu biasanya ialah perhubungan anak kalaimat dengan induk kalimat. Jumlah suku (suku kata) tiap-tiap baris itu tidak ditentukan. Demikian juga rimanya tiada tetap.
                Dfinisi yang diberikan olejh Raja Ali dan Sutan Takdir Alisjahbana ini hanya menyentuh bentuk sahaja. Menurut Za’ba (1962), gurindam merupakan puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap. Puisi ini mengandungi fikiran yang bernas dan diubah dlam bahasa yang begitu indah untuk dinyayikan bagi tujuan hiburan.
                Sebelum itu, dalam pelita Bahasa Melayu Penggal 3 (1957), Za’ba pernah mengatakan bahawa , “gurindam dan seloka lebih kurang sama, iaitu sejenis syair meleret yang tidak teratur,berangkap-rankap dan tiada tetaap kukatannya, timbanganya dan sajaknya. Maka, jika ada pun perbezaannya antara dua itu ialah pada keadaan isinya dan bahasanya sahaja iaitu:
a.       Gurindam nahasanya selalu padat dan bernas, dan isinya lebuh cenderung kepada rinag, dan sukacita sebagai nyanyian, jenaka, senda gurau, kelakar, dan sindiran giat yang bermain-main dan mengeli-gelikan hati. yang demikian menunjukkan ada kesempatan boleh melengah-lengahkan masa dan menyuka-nyukakan hati.
b.      Seloka bahasanya kerap kali meleret dan lanjut, dan sindir giatnya selalu tajam dan bisa seperti mengejek san selain daripada itu boleh juga isinya mengundungi perasaan-perasaan hiba-rawan, sedih-sayu, asyik-berahi, berkhayal, mimpi dan angan-angan. Yang demikian menunjukkkan ada kesempatan pula boleh melengah-lengahkan masa dengan perkara-perkara seperti itu.
Menurut Mohd. Talib Osman (1979), huraian Za’ba seperti diatar telah meluaskan lagi struktur gurindam dan seloka daripada yang diberikan oleh Sutan Takdir Alisjahbana Taupun Raja Ali Haji.
                Harun Mat Piah (1989), kemudian menjelaskan lagi definisi gurindam berdasarkan bentuknya iaitu sejenis puisi Melayu Lama yang tidak tetu bentuknya sama ada terikat ataupun tidak. Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap, dam mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dalam sebaris dengan rimanya a,a. Biasanya beberapa rangkap gurindam diperlukan untuk melengkapkan satu keseluruhan idea.
                Seperti seloka, gurindam bukanlah puisi yang lumrah di gunakan oleh masyarakat Melayu. Bentuk ini lebih formal penggunaannya. Puisi ini mungkin digunakan dalam majlis-majlis tertentu. Oleh itu , sangat sukar untuk mencari contoh gurindam kecuali yang wujid dalam bentuk tulisan iaitu “Gurindam Dua Belas” yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji.

FUNGSI
Berdasrkan isinya, gurindam dapatlah dianggap sebagai puisi yang digunakan untuk tujuan pendidikan dan hiburan. Selain ittu, gurindam juga berfungsi sebagai dokumentari gambaran masyarakat yang dapat memancarkan kreativitidan estetika serta daya intelektua masyarakat Melayu lama dalam menangani hal kehidupan mereka. Gurindam juga dapat dijadikan media komunikasi antara ahli masyarakat, terutama dalam majlis-majlis yang formal.



1 ulasan:

  1. Setakat nie belum ada contoh Gurindam nak bagi g..k nnt bile2 dah update nnt boleh la tengok

    BalasPadam